Pelancong Britain ditahan ludah bendera Turkiye


11 Sep 2026 • 7:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelancong Britain ditahan ludah bendera Turkiye


ANKARA: Seorang pelancong warga Britain telah ditahan di Turkiye selepas didakwa meludah  ke arah bendera kebangsaan negara berkenaan.

Lelaki berusia 58 tahun yang sedang bercuti di Alanya berhampiran kawasan pusat peranginan selatan Antalya itu difahamkan terlibat da­lam satu pertengkaran dengan kakitangan sebuah hotel.

Dia kemudian berpa­ling dan didakwa meludah pada bendera yang digantung berhampiran ruang legar, menurut laporan media tempatan.

Pihak kakitangan hotel melaporkan tindakan lelaki itu kepada polis.

Polis kemudian menahan dan membawanya ke Mahkamah Alanya. 

Dia  dituduh atas pertuduhan menghina atau merendahkan simbol negara Turkiye.

Lelaki berkenaan ditahan reman dan dibawa ke sebuah penjara tempatan di luar kawasan bandar raya tersebut.

Tarikh sebenar kejadian itu berlaku masih belum dipastikan.

Berdasarkan Perkara 300 Kanun Keseksaan Turkiye, adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang untuk tidak menghormati bendera Turkiye secara terbuka, suatu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun. 

Awal tahun ini, sepasang pasangan kekasih muda warga Britain telah ditangkap selepas dituduh cuba menyeludup dua buah bagasi yang padat dengan ganja ke United Kingdom.

Holly Cooper dan teman lelakinya, Taylor Johnson, kedua-duanya berusia 20 tahun dilaporkan ditahan hanya beberapa minit selepas mendarat di Istanbul menerusi penerbangan dari Thailand pada Mei lalu. – AGENSI

The post Pelancong Britain ditahan ludah bendera Turkiye
 appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved