
SEMPORNA: Mayat seorang pelancong dari China, yang didakwa terjun ke laut, ditemui di perairan Pulau Mabul, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Supt Mohd Sabri Zainol berkata, Ibu Pejabat Polis Semporna menerima maklumat mengenai seorang pelancong China yang hilang, didakwa terjun ke dalam air di Pulau Mabul, pada 11.33 pagi Jumaat.
AdvertisementBeliau berkata, bertindak atas maklumat itu, Pasukan Polis Marin Semporna dengan bantuan penyelam dari pusat peranginan berhampiran, keluar mencari lelaki yang hilang itu.
“Mayat mangsa ditemui di perairan, pada kedalaman kira-kira 17 meter dari permukaan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Ketika ditemui, mangsa masih memakai beg galas berwarna kelabu yang mengandungi tiga bata,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut Mohd Sabri, susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan dalam tempoh 48 jam sekiranya tiada waris tampil menuntut mayat mangsa.
Sehubungan itu, polis menggesa mereka yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Ali Amat pada talian 013-2120852, atau Balai Polis Semporna pada talian 089-782020, atau datang ke balai polis berhampiran.

