Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

17 May 2024 • 8:22 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
- Gambar fail

KUALA BESUT - Seorang pelancong wanita warga Jerman lemas semasa mandi di Pulau Perhentian petang semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira jam 3.30 petang.

Beliau berkata suami mangsa, yang juga warga Jerman, telah menarik mangsa ke pantai dengan bantuan orang awam sebaik menyedari isterinya lemas.

"Mangsa telah diberikan bantuan kecemasan awal, namun tidak berjaya sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.

"Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Khairi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved