Pelancong Ke Thailand Perlu Isi Kad Ketibaan Digital Mulai 1 Mei 2025

TechnologyDigital
27 Jan 2025 • 5:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Thailand merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang kaya dengan budaya, sejarah dan keindahan semula jadi. Semua pelancong asing yang mahu memasuki dan keluar dari negara itu termasuk laluan darat dan laut perlu mengisi kad ketibaan digital atau TM6 mulai 1 Mei 2025.

image is not available
Gambar sekadar hiasan – Bangkok

Ia akan menggantikan Borang TM.6 berasaskan kertas sedia ada bagi tujuan pemeriksaan serta meningkatkan penjejakan pelancong luar semasa di Thailand. Ia juga wajib untuk semua pelancong asing termasuk mereka dari negara yang dikecualikan visa. Tiada bayaran dikenakan bagi borang digital itu.

Pemegang pasport Thailand bagaimanapun dikecualikan daripada keperluan ini namun mereka perlu memberikan butiran peribadi serta perjalanan termasuk maklumat pasport dan alamat Thai. Peralihan itu juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan keyakinan pelancong, di samping mempercepat proses kemasukan yang lebih pantas ke negara itu.