Pelancong Luah Kecewa, Air Bertakung Di Pelataran Pesawat Di Lapangan Terbang Miri

26 Sep 2024 • 12:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bebrapa pelataran pesawat di Lapangan Terbang Miri bertakung dengan air

Pelancong Luah Kecewa, Air Bertakung Di Pelataran Pesawat Di Lapangan Terbang Miri. Lapangan Terbang Miri sekali lagi menjadi topik perbualan ramai apabila pemandangan luar biasa muncul di hadapan mata penumpang dan pengguna lapangan terbang tersebut.

Akibat hujan lebat yang berterusan, kawasan pelataran pesawat (tempat parkir pesawat) dilanda takungan air yang menyerupai kolam kecil. Menurut laporan media, kejadian tersebut dirakam dan dimuat naik oleh penumpang di media sosial.

image is not available
Sumber gambar: SeeHua News

Projek pembaikan pelataran ini didakwa telah bermula sejak 2022 lagi

Menurut gambar surat yang diterbitkan oleh media See Hua, dikeluarkan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 12 Disember 2022 kepada Jabatan Pengangkutan Sarawak, projek pembaikan pelataran ini didakwa sepatutnya siap pada Ogos 2023. Namun, kini sudah memasuki penghujung September 2024, projek tersebut masih belum selesai, menimbulkan persoalan besar tentang punca kelewatan tersebut.

Seorang penduduk tempatan yang sering menggunakan perkhidmatan udara untuk rawatan perubatan berkongsi bahawa kekurangan pelataran yang berfungsi telah menyebabkan kelewatan penerbangan menjadi perkara biasa di Lapangan Terbang Miri.

Selain itu, bilangan jambatan udara yang terhad, hanya dua, tidak mencukupi untuk menampung jumlah penumpang yang semakin bertambah. Bagi penumpang yang kurang upaya, mereka terpaksa menaiki atau menuruni tangga semasa menaiki pesawat, yang sememangnya menyukarkan.

Seorang lagi penumpang mengulas dengan nada kesal bahawa, “Sebagai bandar pelancongan, amat menyedihkan melihat pembaikan apron nombor 2 Lapangan Terbang Miri mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan, namun kini ia dipenuhi dengan air. Ini benar-benar merosakkan pengalaman dan imej bandar ini di mata pelancong.” – See Hua

Baca juga artikel semasa di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved