Pelanggan Astro Akan Dikenakan Harga Baharu Netflix Bermula 1 Mac 2025

TechnologyDigital
14 Nov 2024 • 2:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix meningkatkan harga langganan mereka di Malaysia hari ini dengan purata kenaikan sekitar RM5 untuk setiap pelan. Bagi pengguna Astro yang melanggan Netflix menerusi berkas yang ditawarkan sebelum ini, harga langganan baharu hanya akan dikenakan bermula 1 Mac 2025 menurut laporan Netxrift.

image is not available

Pelanggan baharu dan juga pelanggan yang melakukan pembelian secara tambahan (add-on) akan dikenakan caj harga baharu bermula 21 November. Harga langganan baharu Netflix menerima reaksi negatif daripada pengguna di Malaysia. Ramai yang berharap dengan pengukuhan nilai Ringgit, langganan sepatutnya lebih murah.

Harga langganan di Malaysia kini bermula RM18.90 untuk pelan mudah alih dan meningkat ke RM62.90 untuk pelan Premium yang menyokong penstriman 4K serta lebih banyak peranti boleh menggunakannya serentak.

Tahun ini kita melihat harga langganan YouTube Premium dan Disney+ Hotstar meningkat. Max yang akan menggantikan HBO Go juga mengenakan bayaran lebih mahal untuk langganan kualiti 4K bermula 17 November.