Pelanggan Bagi Rating 1 Bintang & Reviu Buruk, ‘Owner’ Kedai Tak Puas Hati – “Kalau Takde Adab Diharamkan Datang Kedai Kami”

26 Dec 2023 • 2:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara pelanggan memberikan reviu kurang memuaskan terhadap servis dan makanan di sebuah restoran, admin akaun media sosial perniagaan itu tidak puas hati dengan hal tersebut.

Difahamkan, pelanggan itu memberikan hanya 1 bintang dan mengkritik servis serta pekerja kedai makan terbabit malah turut berkata harga dikenakan mengalahkan Israel.

image is not available image is not available

image is not available

Tindakannya memberikan reviu sebegitu membuatkan admin dipercayai pemilik kedai itu sendiri tidak berpuas hati dan menghentam pelanggannya semula.

Kata admin itu, mana-mana pelanggan yang tidak beradab dan tidak boleh bersabar diharamkan untuk datang makan di restoran berkenaan.

Kami manusia, bukan mesin. Kami juga ada perasaan, Jadi jaga adab. Yang suka menjerit-jerit dan biadap pergi main jauh-jauh. You are not welcome!

image is not available

Tambahnya lagi, seharusnya pelanggan itu membuat aduan serta merta di kaunter dan bukannya reviu di internet dengan tujuan jahat kerana ia mengundang persepsi negatif orang lain.

Hantaran admin itu bagaimanapun menegurnya kerana tidak menerima kritikan dengan baik agar dapat memperbaiki servis serta kekurangan yang lain.

Malah, ada yang melabel pemilik restoran berkenaan sebagai angkuh kerana tidak berpuas hati dengan kritikan pelanggan selain digesa untuk ubah mentalitinya.

image is not available