Pelanggan Berang Restoran ‘Fast Food’ Terkenal Cas RM1 Untuk Satu Pek Sos Cili

24 Sep 2023 • 3:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Bukan dulu free ke” – netizen

Pelanggan Berang Restoran ‘Fast Food’ Terkenal Cas RM1 Untuk Satu Pek Sos Cili. Restoran makanan segera terkenal dikecam orang ramai selepas meletakkan caj RM1 untuk sepaket sos cili yang dahulunya diberi secara percuma.

Menurut hantaran tular di laman Facebook, seorang pelanggan berkongsi gambar resit pembayaran 10 pek sos cili yang berharga RM10.60 beserta cukai.

image is not available
Pelanggan Berang Restoran ‘Fast Food’ Terkenal Cas RM1 Untuk Satu Pek Sos Cili. Kredit: Kosmo

Restoran makanan segera terkenal dikecam orang ramai selepas meletakkan caj RM1 untuk sepaket sos cili yang dahulunya diberi secara percuma.

Menurut hantaran tular di laman Facebook, seorang pelanggan berkongsi gambar resit pembayaran 10 pek sos cili yang berharga RM10.60 beserta cukai.

“Hidup makin keras. Hendak minta sos lebih pun kena caj. Sudah beli 10 paket sos cili dengan harga RM10.60.

image is not available

“Tahniah kerana mengambil langkah proaktif selaras kenaikan harga beras dunia,” tulisnya dalam hantaran sama.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj tambahan tersebut, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang dibelenggu masalah kenaikan harga barang mentah.

“Dulu boleh simpan lebihan sos dalam peti ais, sekarang kena caj pula,” kata Amm.

image is not available

“Selalunya tak payah bayar pun. Boleh minta sahaja pada juruwang kalau nak sos lebih. Kenapa sekarang kena bayar?,” tanya Hafiza.

“Kalau bagi percuma, orang kita suka membazir. Kalau hendak elak pembaziran, terpaksalah caj,” kata seorang lagi pengguna.

“Selepas ini terpaksalah bawa sos sendiri dari rumah,” kata Aifa.

Namun, tambah netizen lagi beliau sebenarnya sekadar meminta sos cili paket tersebut tanpa membuat sebarang pembelian lain. Oleh itu, beliau ‘terpaksa’ dikenakan cas RM1 untuk sepaket sos cili berdasarkan kepada resit tersebut.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 7,200 tanda suka dan 3,100 komen.

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article