Pelanggan berbangsa India kecewa, staf restoran ‘fast food’ bagi burger daging percuma

Food
7 Jun 2024 • 11:05 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelanggan berbangsa India kecewa apabila mendakwa staf di sebuah restoran makanan segera memberikan burger daging percuma tanpa pengetahuannya.

Pelanggan berbangsa India kecewa

Menerusi video tular berdurasi dua minit dua puluh lima saat itu, dilihat pelanggan berbangsa India kecewa selepas menerima daging burger itu.

Video dimuat naik pengguna TikTok @teivakulantey menyifatkan pemberian itu seakan tidak sensitif memandangkan bangsa India secara dasarkan tidak memakan daging lembu.

Ini kerana masyarakat India tidak memakan daging lembu kerana haiwan itu dianggap binatang suci dan merupakan anugerah daripada tuhan kepada manusia yang perlu dihargai.

Oleh sebab itu, ada segelintir masyarakat India yang sensitif sekiranya ada individu yang menawarkan daging lembu kepada mereka.

“Beef burger, macam mana awak boleh bagi saya? Saya orang India,” kata pelanggan itu kepada pekerja berkenaan.

image is not available

Pekerja mohon maaf, hanya ikut prosedur

Pekerja restoran berkenaan secara sopan memohon maaf kepada pelanggan tersebut atas insiden yang berlaku.

Jelasnya, pemberian burger percuma itu adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh syarikat.

image is not available

Bagaimanapun, pelanggan berbangsa India berkenaan enggan menerima penjelasan dan permohonan maaf daripada pekerja tersebut. Malah, dia turut mendakwa telah termakan makanan tersebut dan secara tidak langsung sudah melanggar perintah agamanya.

“Jadi macam mana cara kamu nak selesaikan perkara ini? Sebab kalau tak makan lain cerita, ini dah makan.
“Jadi macam mana cara dia? Takkan sana tak tahu saya pesan enam burger ayam, macam mana dia boleh tersilap bagi burger lembu?
“Kalau saya beli burger daging, dia boleh la bagi burger daging,” kata pelanggan berkenaan.

@teivakulantey4

Kasi Share Dan Repost Sampai Dapat Keadilan Untuk Semua Kaum India @JEEVA @mathanedward @viral_vairamuthu @jdt04suren @jdtsuren0418 @bobgally4 @parlimentambunofficial @Akka Nasi Lemak Seri Kembangan @ɑׁׅ℘℘ᥣׁׅ֪ꫀׁׅܻ @CR-VEERA @yametehgirl @Deena Dinish Vivekananda @vanakammalaysia

♬ original sound – Teivakulantey – Teivakulantey

Pesan melalui pandu lalu

Menerusi ruangan komen, pelanggan itu mendakwa dia membuat pembelian secara drive thru di restoran yang terletak di Tambun, Ipoh itu.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @teivakulantey4