
Pelanggan selamba tinggalkan seluar dalam di kedai selepas mecubanya
Pelanggan Bikin Tuan Kedai Geleng Kepala, Selamba Tinggalkan Seluar Dalam Lepas Cuba Jeans. Baru-baru ini, satu insiden tular apabila seorang pelanggan gedung pakaian bikin tuan kedai ‘risau’ kerana meninggalkan seluar dalamnya selepas mencuba sepasang jeans di Vietnam.
Menurut laporan, kejadian itu menjadi viral setelah kakitangan kedai tersebut berkongsikan gambar seluar jeans terbabit bersama seluar dalam untuk mengetahui pemiliknya.
Dalam pada itu, kakitangan berkenaan mencari pelanggan wanita yang dipercayai tidak sengaja meninggalkan seluar dalam selepas mencuba jeans di kedai tersebut.

Ditinggalkan dalam loggokan pakaian
Bahkan, seluar berkenaan ditinggalkan dalam longgokan pakaian yang dicuba pelanggan, malah disifatkan penemuan tidak terjangkau dek akal.
“Kamu pasti tergesa-gesa. Jangan terkejut dan jangan fikir kami sengaja mencuri seluar dalam kamu.
“Kami belum menjual satu barang pun tapi sudah memperoleh untung,” ujar kakitangan kedai itu dalam keterangan gambar yang dimuat naik di media sosial.
Selepas gambar itu disiarkan, pengguna internet mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh terlupa seluar dalamnya atau memang sengaja meninggalkannya di kedai itu.

Netizen turut berseloroh mengenai perkara tersebut
“Tergesa-gesa sangat ke anda sampai terlupa atau mungkin lebih baik untuk tidak memakainya kerana panas?” sindir seorang netizen.
Bukan itu sahaja, seorang lagi netizen tertanya-tanya sama ada wanita itu tidak rasa ‘berangin’ tanpa memakai seluar dalam.
“Adakah anda perlu membuangnya selepas mencuba seluar? Tetapi siapa yang akan menjualnya? Dan yang lebih penting, siapa yang berani membelinya?,” ujar lagi seorang netizen.
