Pelanggan Celcom kini boleh pergi ke Digi Store, dan sebaliknya, untuk berurusan.

10 Mar 2023 • 10:08 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Berita baik untuk pengguna Celcom dan Digi. CelcomDigi Berhad mengumumkan yang semua pusat khidmat pelanggan Celcom dan Digi boleh menerima kedua-dua pelanggan telco itu untuk berurusan. Ia termasuklah Celcom BlueCube dan Digi Stores yang menjadi sebahagian rangkaian pusat khidmat berjumlah 534 semuanya.

image is not available

Antara urusan yang boleh dijalankan di sana adalah seperti jualan dan perkhidmatan, penukaran pelan langganan, pembelian peranti baharu, port masuk ataupun keluar, penggantian SIM, pembayaran bil, dan tambah nilai prabayar.

Seperti yang dilaporkan, Axiata memaklumkan yang mereka ingin mengekalkan entiti Celcom dan Digi seperti yang asal walaupun mereka kini telah bergabung di bawah satu payung. Daripada segi integrasi rangkaian, pihak mereka menjangka bahawa proses itu akan selesai sebelum 2025.

Transaksi penggabungan Celcom dan Digi telah kami umumkan dalam bulan Disember 2022 lalu. Menerusi penggabungan tersebut, Axiata dan Telenor masing-masing memegang saham sebanyak 33.1%.