Pelanggan Kecewa Beli Nasi Lemak ‘Indah Gambar Dari Rasa’ Di Medan Selera Kuching

23 Oct 2022 • 5:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Makanan tidak setimpal dengan harga

Pelanggan Kecewa Beli Nasi Lemak ‘Indah Gambar Dari Rasa’ Di Medan Selera Kuching. Sebut sahaja mengenai makanan mesti anda yang sanggup berhabisan duit demi menikmati sepinggan mahupun sesuap hidangan itu dengan syarat makanan tersebut mestilah berbaloi dan enak.

image is not available
Pelanggan Kecewa Beli Nasi Lemak ‘Indah Gambar Dari Rasa’ Di Medan Selera Kuching Sumber: Lyra Zoe

Namun, lain pula yang berlaku kepada wanita ini sewaktu beliau memesan hidangan nasi lemak di sebuah ‘food court’ pusat beli belah di Kuching.

Melalui satu perkongsian yang telah dikongsi oleh individu bernama Lyra Zoe menerusi akaun facebook miliknya semalam, beliau meluahkan rasa kecewa apabila nasi lemak yang dipesannya tidak berbaloi dengan harga.

Malah, beliau juga menggambarkan nasi lemak yang dipesannya ibarat ‘indah gambar dari rasa’.

Tertarik dengan iklan

Difahamkan sebelum membuat pesanan itu, beliau tertarik dengan gambar nasi lemak yang diiklankan di kedai itu sehingga beliau memesan tiga hidangan di kedai itu. Antaranya ialah nasi lemak ayam berempah dan nasi lemak ayam rendang.

Namun apa yang menyedihkan, makanannya itu dibuat ‘ala kadar’ apabila nasi lemak yang diterimanya sejuk dan tiada rasa santan seolah-olah kedai itu menggunakan nasi kosong sahaja.

image is not available
Sumber: Lyra Zoe

Padahal, sewajarnya nasi lemak hendaklah mempunyai rasa lemak serta aroma daripada santan dan sebab itulah namanya digelar sebagai ‘nasi lemak’.

Bukan itu sahaja, beliau juga turut menyertakan resit berjumlah RM 45 untuk tiga hidangan itu namun hidangan yang diterima dikatakan tidak setimpal dengan harga lebih-lebih lagi sambal nasi lemak itu dikatakan terlalu cair.

Terima pelbagai respon daripada netizen

Semestinya perkongsian itu menerima pelbagai respons daripada netizen.

Antaranya ada yang berkongsi kisah mendapat pengalaman yang sama di kedai itu.

image is not available

image is not available
Sumber: Lyra Zoe

Namun ada juga netizen berpendapat sebaiknya pelanggan perlu berhadapan dengan penjual bagi ‘menegur’ mengenai kualiti makanan yang dihidang dengan harapan pihak mereka akan menambah baik kualiti makanan yang dijual.

image is not available

image is not available

Baca lagi artikel terkini di sini: