Pelanggan Kecewa Restoran Francais Terkenal Hidang Burger Berkulat Dan Ayam Goreng Mentah

26 Jan 2023 • 7:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelanggan dakwa servis semakin merudum

Pelanggan Kecewa Restoran Francais Terkenal Hidang Burger Berkulat Dan Ayam Goreng Mentah. Seorang wanita yang dikenali sebagai Dhia Fadhila kecewa apabila mendakwa menerima roti burger yang sudah berkulat serta ayam goreng mentah dari sebuah restoran makanan segera terkenal di Kemamam semalam sekitar pukul 6.30 petang.

“Berasa nak makan ayam (goreng) tapi ini yang saya dapat dengan harga dibayar. Roti keras kejung dan berkulat.

image is not available
Pelanggan Kecewa Restoran Francais Terkenal Hidang Burger Berkulat Dan Ayam Goreng Mentah. Kredit: Dhia Fadhila

“Ayam (goreng) pula tidak masak, berbau macam (stok) lama. Kecewa rasanya,” dakwanya dalam status Facebook yang dimuat naik malam tadi.

Ada netizen mendakwa ‘terkena’ pengalaman yang sama

image is not available

Luahan Dhia Fadhila dalam perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang turut mendakwa pernah merasai pengalaman buruk sama apabila membeli di premis makanan segera terkenal berkenaan.

Seorang netizen dikenali sebagai Nanie Erieyka mendakwa dia juga pernah terbeli kentang putar berlendir dari premis makanan segera sama.

image is not available

Selain itu, ramai netizen juga menasihatkan Dhia Fadhila membuat aduan rasmi berhubung kualiti makanan diperolehinya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Lagi artikel terkini di sini: