Maxis menawarkan akses percuma selama enam bulan ke Sooka Premium kepada pelanggan pelan Maxis Postpaid 139,169 dan 199. Melalui tawaran ini, pelanggan boleh menonton lebih 70 saluran langsung dan 20,000 jam kandungan video atas permintaan termasuk Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Liga Perdana Inggeris, Formula 1, MotoGP, badminton BWF serta hiburan Asia dan tempatan.

Penstriman boleh dilakukan pada sehingga tiga peranti serentak termasuk satu televisyen pintar dalam resolusi FHD. Untuk menebus, pelanggan hanya perlu membuka aplikasi Maxis > klik ikon Live Sports > pilih sooka Premium RM0/30 hari > lengkapkan pesanan dan cipta akaun sooka. Penstriman boleh dimulakan melalui laman web sooka.my atau aplikasi sooka yang boleh dimuat turun dari gedung aplikasi.
Tawaran ini sah sehingga 31 Oktober 2025. Selepas tempoh ini, langganan dikembalikan secara automatik kepada bil bulanan melainkan ia dibatalkan. Pelanggan baharu atau mereka yang menaik taraf ke pelan dinyatakan turut layak. Sementara itu, pelanggan pelan lain boleh melanggan sooka Premium pada harga RM25 sebulan.

