
Terbaru, bisnes makanan dikenali ramai iaitu Dolly Dim Sum dengan bangganya memaklumkan kepada orang bahawa semua cawangannya sudah mendapat sijil halal sah daripada pihak JAKIM.
Difahamkan, ini termasuk pengesahan untuk dapur berpusat mereka untuk memastikan keseluruhan proses penyediaan makanan yang mematuhi piawaian halal serta kebersihan.

Melalui laporan Malaysia Gazette, antara cawangan yang terlibat adalah IOI City Mall, AEON Shah Alam, Sunway Pyramid, Setia City, Suria KLCC, Pavillion, NU Sentral, East Coast Mall, The Curve, KL East dan Sunway Putra.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menyediakan makanan berkualiti di samping memberikan pengalaman tidak dilupakan para pelanggan.

Menurut pihak Dolly Dim Sum, dengan adanya sijil halal sah ini, ia dapat menyatukan masyarakat berbilang bangsa serta budaya di Malaysia.
Dolly Dim Sum Ada Sijil Halal Untuk 'Central Kitchen', Johnny's Dan Black Canyon Guna Bahan Dari Pembekal Sijil Halal
The post Pelanggan Muslim Dah Tak Perlu Risau, Dolly Dim Sum Kini Disahkan Halal Oleh JAKIM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

