Pelanggan pesan tomahawk steak, cef tabur garam bernilai RM1,000 secara percuma

LocalFood
31 Dec 2024 • 11:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Cef tabur garam bernilai RM1,000

Seorang cef yang dikenali sebagai Amirul Azahar berjaya tarik perhatian ramai apabila menyajikan garam yang bernilai RM1,000 untuk satu kilogram kepada pelanggannya secara percuma.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amirul di laman TikToknya, dapat dilihat dia menabur garam gua itu di atas tomahawk steak yang dipesan oleh pelanggannya.

Cef tabur garam bernilai RM1,000

Katanya, garam tersebut diperbuat dari Sepanyol dan ia terhasil secara semula jadi menjadi sebab nilainya begitu tinggi di pasaran.

Bagaimanapun, Amirul memberitahu tidak mengenakan sebarang caj kerana akan menghidangkan garam tersebut secara percuma kepada pelanggan di restorannya.

image is not available

“Kita akan saji dengan cave salt, garam ini nilai dia RM1,000 untuk satu kilogram. Yang kat Tesco tu RM2.50 yang ini sekilo seribu ringgit.

“Garam ni saya tak masukkan ke dalam kos makanan, saya bagi pelanggan saya rasa untuk percuma. Tomahawk steak saya ni pula hanya RM230 sahaja untuk 800 gram.

“Garam ni diperbuat dari Sepanyol, garam yang diambil di dalam gua. Ia terhasil dengan cara semulajadi.

“Tetap rasa masin, tapi dia agak berbeza pada deria rasa,” ujarnya.

Ada segelintir netizen tak percaya

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen terkejut dan tidak percaya bahawa wujudnya garam berharga RM1,000 mempersoalkan kelebihan serta manfaatnya kepada kesihatan.

image is not available image is not available

Bagusnya cef, sopan je bercakap

Dalam pada itu, netizen memuji sikap cef tersebut yang melayani pelanggannya dengan lembut ketika menghidangkan daging tomahawk

image is not available

SumberL TikTok @Amirullazahar

View Original Article