Pelanggan Premium Kini Boleh Muat Turun YouTube Shorts Untuk Tontonan Luar Talian

TechnologyDigital
26 Jun 2024 • 12:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube sedia menyokong ciri memuat turun video untuk ditonton ketika berada di luar talian. Ciri muat turun YouTube agak menarik dengan turut boleh mencadangkan dan memuat turun video menarik berdasarkan aktiviti pengguna. Terbaru, YouTube menguji Shorts Smart Downloads pula.

image is not available

Seperti video YouTube biasa, ciri ini akan mencadangkan dan terus memuat turun video-video Shorts yang mungkin diminati pengguna. YouTube menggunakan sejarah aktiviti untuk memuat turun video pendek yang bersesuaian. Ciri ini boleh diakses dengan pergi ke tab You, tatal ke bawah dan tekan Downloads, kemudian hidupkan Smart downloads. Anda turut boleh hadkan berapa GB yang ciri ini boleh muat turun video serta tetapkan kualiti video.

image is not available

Video hanya akan mula dimuat turun selepas sejumlah Shorts ditonton. Ciri ini terhad kepada pengguna YouTube Premium yang menggunakan peranti Android sahaja. Ciri ini juga hanya akan diuji sehingga 15 Julai sebelum YouTube membuat keputusan sama ada ingin diberikan kepada semua ataupun tidak.