Pelanggan review inti martabak sikit, peniaga bersuara -“RM6 berapa daging encik perlukan?”

26 Mar 2024 • 11:35 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pelanggan mendedahkan dia telah dilabel sebagai tak profesional selepas review inti martabak di laman sosial terhadap makanan di sebuah gerai martabak bazar ramadan Arau, Perlis.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelanggan tersebut di laman X, dia memberi nilai sebanyak tujuh daripada 10 untuk martabak daging tersebut dengan menjelaskan secara terperinci rasa juadah itu.

Review inti martabak

image is not available

“Rasa lebih ke arah manis sikit, tak tahu lah mungkin hari itu je ke terlebih manis. Daging ada dalam seketul dua yang cincang dalam satu murtabak tu tapi dengan harga RM6, okay lah kot.

“Cuma untuk saya agak mahal lah dengan tak rasa daging, rasa telur je,” dakwa lelaki itu.

Bagaimanapun, dakwaan pelanggan tersebut yang mengatakan terdapat satu hingga dua ketul daging sahaja dijumpai dalam murtabak tersebut telah membuatkan peniaga itu tidak berpuas hati.

Susulan itu, peniaga tersebut telah berhubung dengan pelanggan terbabit menerusi direct message (DM) yang tidak setuju dengan penilaian yang diterimanya.

Review inti martabak

image is not available

“Cara encik tak profesional, sepatutnya encik boleh pergi kedai kami untuk terangkan, bukan ambil gambar kami tanpa kebenaran.

“Dengan hanya RM6 berapa daging yang encik perlukan dalam murtabak dengan kos bahan mentah sekarang ini,” tegas peniaga tersebut.

Bukan itu sahaja, peniaga murtabak itu mahu memulangkan semula duit selepas menerima ‘bad reviews’ dalam perniagaannya namun, ditolak oleh pelanggan terbabit.

Ujarnya, dia tidak pernah menerima penilaian buruk daripada pelanggan sepanjang lebih 20 tahun berniaga.

“Perniagaan keluarga saya usahakan sudah melebihi lebih 20 tahun, tiada lagi bad review yang terus ke platform seperti ini yang ingin memberi pandangan buruk kepada perniagaan kami.

“Saya harap pemilik boleh berjumpa dengan saya, saya pulangkan wang yang encik akadkan pada kami. Jika ada kekurangan boleh berhadapan,” katanya lagi.

image is not available

Pun begitu, pelanggan itu memaklumkan dia tidak mahu duit dipulangkan tetapi, meminta kepada peniaga supaya memperbaiki makanan mereka dengan lebih baik.

Sumber: X @kikikyou_