Pelanggan Selamba Bawa Anjing Masuk Dalam Restoran, Staf Dah Tegur Tapi Masih Tak Berganjak

5 Aug 2026 • 2:45 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Madihah Hamdan meluahkan rasa berang dengan sikap pelanggan McDonald’s Setia Tropika DT, Johor Bahru yang bertindak membawa anjing peliharaannya ke dalam restoran terbabit.

Menerusi foto perkongsian, kelihatan anjing berkenaan sedang duduk atas pangkuan seorang wanita dipercayai pemiliknya.

Pelanggan Masih Degil Tak Mahu Beredar Meskipun Didakwa Sudah 2 Kali Ditegur Pengurus Kedai Makan

Menurut Madihah, pengurus restoran makanan segera itu telah pun menegur sebanyak dua kali. Namun wanita terbabit tidak mempedulikannya dan tidak berganjak daripada tempat duduk.

Kedai Makan Sudah Papar Sticker ‘No Pets Allowed’

Jelasnya lagi, perbuatan tersebut adalah tidak beradab selain menegaskan pelekat (sticker) ‘No Pets Allowed’ sudah pun ditampal dan dipaparkan pada cermin kedai makan itu.

“Manager dah tegur dua kali tak nak berganjak (siap) buat muka pula. B*doh tiada respect. Dekat cermin ada tampal ‘no pets allowed’,” dakwanya.  

“Di pintu masuk terang-terang ada sticker ‘no pets allowed’. Restoran berstatus dan bersijil halal tak mungkin benarkan haiwan dibawa masuk. Apa lagi anjing,” jawab Madihah kepada netizen yang bertanya sama ada premis itu mesra haiwan (pet friendly) atau pun tidak.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Tular Pamer Alpaka & 22 Haiwan Dalam Keadaan Tidak Terurus, Kafe Di Melaka Didenda RM10,250

‘Bila Dah Kena Jeling & Tegur Dengan Pelanggan Lain Baru Gerak’ – Pengguna Threads

Madihah di ruangan balas kemudiannya memaklumkan bahawa pelanggan bersama anjingnya itu telah beredar dari sana setelah ditegur pengunjung lain di McDonald’s terbabit.

Dia dalam masa sama turut bersimpati dengan staf McD yang perlu menyertu tempat duduk tersebut.

“Bila pelanggan lain dah pandang-pandang, jeling, dan kena tegur lagi baru gerak. Kesian tak pasal-pasal staf kena samak (sertu) kerusi meja situ,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Pelanggan Bawa Anjing Ke Restoran Di Johor Bahru, Pekerja Didakwa Buat Tak Endah

Haiwan Peliharaan Tidak Dibenarkan Dibawa Masuk Ke Dalam Premis Makanan – KKM

Untuk info, membawa sebarang jenis haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing ke premis makanan adalah satu kesalahan berdasarkan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kehadiran haiwan di premis makanan terutamanya haiwan berbulu boleh menimbulkan risiko kebersihan dan keselamatan makanan termasuk penyebaran bakteria yang boleh menyebabkan keracunan kepada pelanggan.

‘Halau Je Sebab Ganggu Bisnes Orang’ – Pengguna Threads

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa berang dengan sikap pemilik anjing yang tidak memikirkan tentang keselesaan orang sekeliling.

“Dah la bawa anjing masuk dalam premis makanan halal. Tak ke kurang ajar namanya,” kata seorang pengguna Threads.

“Kalau pengurus kedai dah tegur dan siap ada pelekat ‘no pets allowed’ tapi pelanggan masih buat macam dekat rumah sendiri, halau je sebab ganggu bisnes orang,” tambah seorang individu.

‘Apa Jenis Haiwan Sekali Pun Tak Sesuai Dalam Kedai Makan’ – Netizen

Malah ada juga netizen yang menegaskan tentang kepentingan larangan membawa haiwan dalam premis makanan.

“Apa jenis haiwan pun tak sesuai berada dalam kedai makan untuk keselamatan makanan dan isu kebersihan. Jenis tak ada common sense,” tegur seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Pelanggan Selamba Bawa Anjing Masuk Dalam Restoran, Staf Dah Tegur Tapi Masih Tak Berganjak

Sumber: Threads

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved