Pelanggan Snapchat+ Kini Boleh Kongsi Story Yang Luput Selepas 0.10 Saat

TechnologyDigital
3 Jul 2024 • 3:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada tahun 2013, Snapchat melancarkan ciri Stories mereka iaitu perkongsian yang akan tamat tempoh selepas 24 jam. Sedar akan populariti ciri ini, selepas tiga tahun Instagram pula memperkenalkan ciri Stories mereka dan secara berperingkat semakin banyak platform media sosial membawakan ciri lebih kurang sama termasuk Telegram. Terbaru, Snap memperkenalkan ciri perkongsian Snaps yang boleh tamat tempoh secepat 0.10 saat.

image is not available

Kemas kini baharu ini adalah lebih 9 juta pelanggan Snapchat+. Pengguna berbayar ini boleh menguji ciri baharu secara lebih awal sebelum Snapchat bercadang menawarkan ciri baharu ini kepada pengguna percuma. Snaps adalah gambar atau video yang boleh dikongsi pada Story dengan kini memberi pengguna kawalan bila ia akan tamat tempoh. Pengguna boleh pilih serendah 0.10 saat, 0.25, 0.50 dan banyak lagi.

image is not available

Kemudian adalah Snap Map yang kini boleh menambah rumah maya. Rumah ini boleh diubahsuai sendiri oleh pengguna untuk ia sesuai dengan citarasa dan profil tersendiri. Haiwan peliharaan digital yang tersedia dalam Snapchat kini turut tidak lagi terhad di dalam Snap Map tetapi turut boleh muncul dalam ruang sembang bersama dengan Bitmoji pengguna.

image is not available

Mirror turut diperkenalkan sebagai cermin yang menggunakan kamera peranti untuk pengguna ubahsuai karakter Bitmoji agar lebih mirip dengan identiti diri. Akhir sekali adalah Lenses dengan AI generatif yang boleh mengubah perkongsian pengguna menjadi pelbagai subjek menarik seperti ubah imej sendiri ke imej semasa kanak-kanak dan banyak lagi. Kemas kini baharu ini kini telah diaktifkan untuk pengguna yang layak.