Pelanggan Terkejut, Tikus Besar Kucing ‘Bersarang’ Di Celah Bungkusan Sayur Di Pasar Raya KK

28 Jan 2023 • 3:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular video tikus berkeliaran di atas rak sayur

Pelanggan Terkejut, Tikus Besar Kucing ‘Bersarang’ Di Celah Bungkusan Sayur Di Pasar Raya KK. Tular sebuah video berdurasi beberapa saat yang menunjukkan seekor tikus berkeliaran di atas rak sayuran yang disusun di sebuah pasar raya di Kota Kinabalu, Sabah.

Kejadian itu sempat diirakam oleh @datuazri dan video itu telah dikongsi oleh beliau di akaun Twitternya.

image is not available
Pelanggan Terkejut, Tikus Besar Kucing ‘Bersarang’ Di Celah Bungkusan Sayur Di Pasar Raya KK. Kredit: datuazri

Walaupun tidak menyebut nama pasar raya itu secara jelas, tetapi melalui catatan yang ditulis bersama-sama dengan video tersebut, dipercayai bahawa pasar raya ini terletak di daerah Luyang, Kota Kinabalu.

Dalam hantaran tersebut, beliau menyebut satu laporan telah pun dibuat kepada pihak pengurusan dan video tersebut hanya dimuat naik untuk menyebarkan kesedaran mengenai kejadian itu.

Saiz lebih kurang seekor anak kucing

Apa yang menggelikan netizen, saiz tikus tersebut dikatakan dilihat seperti sebesar seekor anak kucing.

Selain daripada saiznya yang besar, penyakit Leptospirosis iaitu penyakit kencing tikus turut menjadi perbincangan netizen setelah melihat keadaan tikus tersebut yang dilihat ‘bersuka-ria’ di atas susunan sayur tersebut.

image is not available

Sekiranya, tikus itu dibiar berkeliaran di situ tidak mustahil makanan yang disusun di atas rak tersebut tercemar akibat najis dan bakteria yang dibawa oleh haiwan ini.

Untuk info,bakteria Leptospira yang disebarkan melalui tikus ini pula boleh merebak dan membawa maut sekiranya kita dijangkiti.

Hal ini membangkitkan kemarahan dan kebimbangan netizen setelah melihat perkongsian video tersebut.

Ini reaksi netizen

Ciapan itu tular di kalangan netizen di Twitter dengan kebanyakan komen terkejut dan ‘geli’ dengan video terbabit.

Rata-rata netizen berasa geli melihat saiz tikus tersebut.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, ada juga netizen sempat menyelitkan beberapa peringatan kepada pembeli. Katanya, setiap kali membuat pembelian, barangan basah ataupun mentah tersebut hendaklah dicuci sebersihnya walaupun barangan tersebut dibungkus elok.

Hal ini kerana, kita tidak pasti akan kehadiran bakteria pada makanan tersebut.

image is not available

Dilihat ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu ini yang menyebarkan perkongsian video tersebut. Katanya, tindakan ini tidak sewajarnya dilakukan kerana seharusnya video tersebut perlu dihantar ke pihak pengurusan pasar raya terlebih dahulu untuk tindakan lanjut.

Namun, komen beliau telah disangkal oleh individu tersebut kerana aduan telah pun dibuat ke pihak pasar raya itu. Tambahnya, dengan berkongsi video tersebut ke laman sosial pasti masalah ini lebih segera diambil tindakan.

image is not available

Baca lagi artikel terkini: