Pelantikan Nooh Gadut tingkatkan pengurusan fatwa negara

LocalPolitics
16 Aug 2022 • 1:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hakimah

KUALA LUMPUR - Pengalaman dan kredibiliti Datuk Dr Nooh Gadut sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu diharap dapat mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan negara. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, Jakim turut menaruh keyakinan terhadap bekas Mufti Johor itu berdasarkan penglibatannya secara langsung dalam institusi kefatwaan sebelum ini. "Berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti beliau sebagai Mufti Johor sebelum ini serta penglibatan secara langsung dalam institusi kefatwaan, khususnya hal berkaitan isu-isu semasa di negara ini, Jakim menaruh keyakinan beliau akan dapat membantu mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Pelantikan Nooh diperkenan melalui Mesyuarat Majlis Raja Raja Kali Ke-259 yang telah diadakan pada 30 Jun lepas dan berkuat kuasa sehingga 29 Jun 2024. Watikah pelantikan beliau telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI pada Isnin. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved