Pelarian Rohingya Dipercayai Tak Puas Hati Diberi Makanan Sedikit

29 Nov 2023 • 4:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular video pelarian Rohingya yang seakan tidak berpuas hati dengan kuantiti nasi yang diberikan sewaktu di berada di pusat penempatan sementara di bekas pejabat Imigresen Lhokseumawe, Aceh.

Nasi tak cukup pula

Memetik laporan dari Indozone.id, pelarian Rohingya ini dilihat telah diberikan makan nasi bersama lauk ikan serta sayur bagi mereka mengisi perut.

Walaupun mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa Indonesia, namun menerusi gerakkan tanggan, mereka seakan menyatakan kuantiti nasi dan lauk-lauk yang disediakan tidak mencukupi.

“Nasi terlalu sedikit, pelarian Rohingya tidak berpuas hati,” tulis kapsyen di video terbabit.

Pelarian Rohingya turut diberi kudapan

Dalam pada itu, selain daripada makanan berat seperti nasi, mereka juga diberikan kudap-kudapan seperti biskut, wafer dan juga susu untuk mengalas perut di penempatan sementara terbabit.

Difahamkan, terdapat 507 orang pelarian Rohingya lelaki yang berada di situ daripada jumlah awal iaitu 514. Lebih kurang tujuh orang sudah tidak berada di lokasi berkenaan dipercayai melarikan diri

@hotlisimanjuntak

Makan siang apa pengungsi Rohingya di penampungan sementara, kantor Imigrasi Lhokseumawe #pengungsi #rohingya #kemanusiaan #acehviral #acehutara #lhokseumawe

♬ original sound – hotli simanjuntak – hotli simanjuntak

Sebagai info, sekitar pertengahan November 2023 lalu, seramai 1,084 pelarian dari Myammar dipercayai etnik Rohingya telah ke Aceh sejak 14 hingga 21 November 2023 dengan menggunakan perahu.

Mereka telah datang dengan enam gelombang kesemuanya iaitu tiga di di Kabupaten Pidie, kemudian Aceh Timur, Bireuen, dan Kota Sabang.

Gelombang yang datang ke Pidie telah ditempatkan di Kem Mina Raya setempat manakala yang lainnya di bekas pejabat Imigresen Lhokseumawe, Aceh.

Sumber: TikTok hotlisimanjuntak Instagram Indozone.id