Pelatih PLKN 3.0 Akan Jalani Latihan Di Kem Tentera

9 Oct 2023 • 12:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) namun pelatih PLKN 3.0 akan digantikan dengan kaedah latihan yang baharu berbanding sebelum ini dimana anak muda akan menjalani latihan di kem tentera.

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan sebanyak 13 kem tentera wataniah akan dibuka dengan kapasiti sehingga 20,000 pelatih.

Pelatih PLKN 3.0

image is not available

Difahamkan juga, pelatih PLKN 3.0 akan menjalani latihan di lokasi tersebut selama 45 hari sebagai syarat untuk mengikuti program tersebut.

“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.

“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan ‘template’ (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.

“Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan,” katanya.

image is not available

Bukan itu sahaja, penambahan khidmat jurulatih dalam kalangan veteran tentera juga sangat dialu-alukan.

Sumber: Berita Harian (Mohd Nasaruddin Parzi)