Pelawak & Isteri Direman 2 Hari, Bantu Siasatan Kes Penyebaran Maklumat Dalaman Polis

2 Jul 2024 • 6:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui maklumat dalam polis merupakan salah satu informasi yang sulit. Di mana ia tidak boleh dikongsikan sewenang-wenangnya kepada orang awam.

Malah ia juga menjadi satu kesalahan kerana menyebarkan maklumat sulit untuk tatapan umum.

Pelawak dan isteri ditahan reman 2 hari untuk bantu siasatan

Terbaharu, seorang pelawak dan isterinya telah ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor.

Pasangan itu telah direman bermula hari ini (2 Julai) dan penyebaran tersebut dipercayai berlaku di aplikasi Telegram.

Telefon bimbit turut dirampas

Selain itu, pihak berkuasa turut merampas telefon bimbit kedua-duanya untuk membantu siasatan.

Menurut Harian Metro yang memetik sumber, pelawak itu berusia 38 tahun manakala isterinya (37 tahun) telah ditahan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, pada jam 7 malam,1 Julai.

“Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam, hari ini (2 Julai) untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” ujarnya.

Dalam pada itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan berhubung penangkapan terbabit.

Disiasat di bawah 3 seksyen

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram berhubung penulisan melibatkan IPD Shah Alam. Malah ia turut menyebarkan gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman iaitu Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau ke IPD itu.

Source: