Pelawak Lagenda, Hamid Gurkha Meninggal Dunia

14 Jun 2022 • 5:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pelakon dan pelawak legenda, Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia hari ini, Selasa (14 Jun) pada usia 90 tahun.

Berita duka tersebut dikongsikan pengendali laman Facebook milik arwah sebentar tadi.

Meninggal dunia akibat penyakit tibi dan kompilasi lain

Memetik laporan mStar, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sekitar jam 2 petang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

Rancang pengebumian jenazah petang ini

Dalam pada itu, anaknya, Fendy memaklumkan urusan jenazah arwah mungkin akan dilakukan pada petang ini juga.

“Jenazah diuruskan oleh pihak hospital dan kami rancang proses pengebumian pada petang ini.

“Terima kasih atas doa semua peminat atas doa semua peminat buat ayah saya selama ini. Semoga semua cerita baik arwah akan dikenang selepas ini,” katanya kepada mStar.

image is not available

Terdahulu, tular di kalangan rakan selebriti yang mendakwa arwah dalam keadaan tenat dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 11 Jun lalu.

Namun anaknya tampil menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan arwah hanya mengalami batuk berkahak dan dimasukkan ke wad biasa.

Sebagai info, arwah mula mencipta nama Hamid menerusi filem Panglima Badol pada tahun 1978.