Pelawak Yang Ditahan Di Jeddah Kerana Ganja Didakwa Dari Kumpulan Lagenda

LocalEntertainment
1 Jan 2025 • 7:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh di media apabila seorang pelawak terkenal dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi, dua bulan lalu.

Difahamkan, pelawak tersebut ditahan kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan untuk menunaikan umrah.

Berita ini sekaligus menjawab persoalan peminat mengenai kehilangannya dalam beberapa persembahan bersama kumpulan lawak lagenda yang dianggotainya.

Kumpulan tersebut, yang baru bergabung semula, aktif mengadakan persembahan di seluruh negara sejak kebelakangan ini. Namun, kehadiran mereka dilihat kekurangan seorang ahli sejak pertengahan November, termasuk ketika persembahan di Sabah.

Tiada komen daripada anggota kumpulan

Ketiadaan pelawak ini pada mulanya tidak mencetuskan prasangka buruk. Ramai menyangka dia tidak sihat atau sibuk dengan urusan lain.

Bagaimanapun, berita penahanannya kini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dan industri hiburan.

Cubaan mendapatkan komen daripada anggota kumpulan lawak tersebut oleh pihak media juga tidak berhasil, kerana panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab.

#OhmediaNasihat

Cerita ini menjadi peringatan buat semua, terutama selebriti yang menjadi perhatian ramai. Sebagai figura awam, setiap tindakan akan dinilai, dan penting untuk menjaga tingkah laku lebih-lebih lagi ketika menjalankan ibadah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro