
LABUAN: Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau, Khamis malam.
Ketua polis Labuan Supt. Mohd Hamizi Halim berkata mayat Swesvahn Dick Thomas, 55, ditemukan oleh orang awam yang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa pada 7.16 malam.
Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas.
“Maklumat terperinci mengenai kejadian itu masih belum diketahui memandangkan siasatan masih berjalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Mohd Hamizi berkata mayat tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Labuan dan beliau menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
