Pelayar Web AI “Arc Search” Kini Boleh Diuji Pada Peranti Android

TechnologyDigital
10 Oct 2024 • 6:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Arc Search adalah pelayar web dengan integrasi teknologi kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh The Browser Company yang terdiri daripada bekas pekerja Instagram, Tesla, Medium dan Google. Selepas ia diperkenalkan kepada pengguna macOS, iOS, iPadOS dan Windows – pelayar web serba baharu ini kini ditawarkan kepada pengguna Android.

image is not available

Menariknya, pengguna Arc Search pada peranti Android adalah lebih ringkas dan pantas. Ini mungkin kerana ciri AI yang ditawarkan tidak sama dengan apa yang ada pada iOS. Arc Search di Android hanya menyokong ciri carian AI di mana pada bar alamat, masukkan kata kunci dan tekan Browse for me – Arc akan merumuskan kata kunci berkaitan dengan informasi terdekat yang paling tepat.

image is not available

Pelayar web ini turut cuba sebaik mungkin menghalang pelbagai jenis iklan di mana-mana laman web, memberikan pengalaman yang lebih baik. Setiap laman web yang dibuka dengan Arc Search, ia turut boleh diterjemah dengan Google Translate. Selain laman web itu turut boleh disemat, melakukan carian dari dalam laman web dan juga kongsi pautan. Pelayar web ini turut menyokong ciri arkib laman web yang tidak aktif bagi menjimatkan data Internet serta penggunaan memori. Ciri rumusan dengan suara AI, menyelarikan data dengan Arc for Windows serta beberapa ciri AI lain masih belum disertakan.