Opera Air dilancarkan hari ini sebagai pelayar web pertama yang memberikan tumpuan kepada ketengan dan kesihatan mental pengguna. Ia mempunyai rekaan antaramuka seakan permukaan cermin lutsinar yang mirip aplikasi meditasi. Terdapat ciri untuk berhenti melayari web untuk merehatkan mata, melakukan meditasi, meregangkan leher dan ciri melakukan meditasi secara terbina.

Selain itu ciri Boost pula memainkan audio dalam mod binaural yang dikatakan boleh meningkatkan kreativiti, melegakan tekanan, meningkatkan tumpuan dan banyak lagi. Ciri lain seperti VPN terbina, penghalang iklan dan pembantu maya Aria AI yang disertakan pada pelayar Opera lain turut disertakan sekali.

Opera Air dibangunkan selepas mengambil maklum balas daripada pengguna pelayar web Opera. Majoriti responden mengatakan mereka tertekan apabila menggunakan pelayar web di peranti. Pelayar web yang digunakan pada desktop dapat mengurangkan rasa tertekan lebih-lebih lagi sekiranya ia menggunakan antaramuka yang lebih ringkas. Pelayar web Opera Air kini boleh dimuat turun untuk komputer Windows dan macOS.
