Pelbagai acara menarik menanti pengunjung Hari Tanpa Kenderaan Kuala Selangor Sabtu ini

7 Dec 2022 • 11:28 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM 7 DIS: Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung program Hari Tanpa Kenderaan Kuala Selangor di Dataran Malawati Sabtu ini.

Menerusi Facebook, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan aktiviti yang dijadual bermula 7.30 pagi termasuklah kayuhan santai basikal, sarong ‘cat walk’ dan hijaukan bumi kita.

Peserta kayuhan santai basikal berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sementara 100 penyertaan terawal acara sarong ‘cat walk’ dan hijaukan bumi kita bakal menerima cenderahati.

Turut dianjurkan pertunjukan silat, pemuzik jalanan, permainan galah panjang dan baling selipar selain pertandingan pakaian tradisional di laluan seni.

Pada sebelah malam pula MPKS akan menganjurkan Malam Kebudayaan dan Kesenian Kuala Selangor mulai jam 8 malam dengan penampilan khas artis jemputan Syura Badron.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 019-213 8091 (En Azuan), 017-2909148 ( En Ali) atau 011-21307785 (En Rosli Ismail). image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved