Pelbagai Aksesori Komputer Dengan Butang Copilot Diperlihatkan Di Computex

TechnologyDigital
5 Jun 2024 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Computex 2024, pelbagai pengeluar aksesori turut memperlihatkan produk dengan kekunci khas Copilot. Ini adalah kerana Microsoft tidak mewajibkan kekunci ini dan akan ada laptop tanpa kekunci baharu untuk akses pantas ciri AI ini.

Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat banyak aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus mula mengintegrasikan kekunci Copilot tersendiri. Antaranya adalah jenama Genius. Mereka mempunyai 4 papan kekunci dan 2 tetikus dengan kekunci Copilot khas. Setiap produk ini dipasarkan sebagai Copilot + Office.

image is not available

Pertama adalah Ergo KB-700 Ergonomic Keyboard with Palm Rest menggunakan rekaan ergonomik. Kemudian adalah SlimStar 820 Illuminated Slim Keyboard untuk mudah di bawa ke mana sahaja. Kemudian KM-82065 Wireless Silent Keyboard Combo dan KM-82165 Wireless Al Silent Keyboard Combo menawarkan suis kekunci yang bisu berserta tetikus sebagai satu berkas.

image is not available

Untuk tetikus pula, Ergo 8100S Al Wireless Al Silent Mouse Ergonomic dan Ergo 8230S Wireless Vertical Silent Mouse Ergonomic ditawarkan sebagai tetikus dengan kekunci Copilot secara lalai tetapi dikatakan akan boleh diubah oleh pengguna. Tetikus ini menyasarkan penggunaan produktiviti dan kreatif.

image is not available

Tiada sebarang harga didedahkan. Menurut wakil Genius, mereka cuba menjadi alternatif kepada Logitech dengan harga jualan lebih mampu milik. Jika dijual di Malaysia adakah anda ingin membelinya?