Pelbagai aktiviti menarik di Pustaka Raja Tun Uda sempena cuti sekolah

24 Aug 2023 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 24 OGOS: Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sempena cuti sekolah mulai 26 Ogos hingga 3 September ini.

image is not available

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memaklumkan antara aktiviti disediakan adalah pelajar berpeluang membaca berita, membuat bebola coklat, melukis dan mengikuti kelas muzik.

“Semua aktiviti ini ditawarkan secara percuma. Hanya beberapa permainan sahaja memerlukan bayaran serendah RM3 seperti tayangan teater, kelas masakan dan kelas kraftangan.

image is not available

“Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka boleh layari laman sesawang PPAS untuk melihat jadual aktiviti setiap hari,” maklum PPAS menerusi Facebook.

Menariknya, pelajar berusia sembilan tahun ke atas juga berpeluang menyertai kelas melukis karikatur berwarna bersama kartunis Imuda dengan bayaran hanya RM30.

image is not available

Untuk maklumat lanjut berhubung program sepanjang cuti sekolah itu orang ramai boleh hubungi talian Pustaka Raja Tun Uda 03-5519 7667.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved