
Saya, isteri dan keluarga serta anak-anak mereka telah turut memeriahkan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 yang berlangsung dari 5 higga 7 Disember di Dataran Putrajaya. Program anjuran Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Jabatan Perkhidmatan Awam & Perbadanan Produktiviti bertujuan membuktikan pencapaian & keberhasilan inisiatif Malaysia MADANI.
Kami amat teruja kerana buat julung kali, tujuh segmen nasional dipersembahkan merangkumi Produk Rakyat MADANI. Kesejahteraan Rakyat MADANI, Kepengerusian ASEAN dan Hubungan Antarabangsa, Ukhuwah Rakyat MADANI, Belia MADANI, Tahun Melawat Malaysia 2026, dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) melalui Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Knovensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025. (www.malaysiamadani.gov.my)

Turut diadakan program penukaran topi kelendar percuma, pesta buku, pertunjukkan kucing, aktiviti untuk kanak-kanak, deretan pilihan makanan dan banyak lagi yang sesuai seisi keluarga. Permainan untuk kanak-kanak serlahkan kreativiti seperti ‘bouncing castle’, bijakan dan gengga gergasi pun ada. Saya maksudkan kanak-kanak lelaki & perempuan, seperti cucu saya, Ilyan Faqihah, berusia 6 tahun, Izz Fayyadh, berumur 8 tahun & rakan-rakan sebaya.
Kanak-kanak yang masih kecil ini, adalah kritikal untuk pertumbuhan & perkembangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tahun-tahun awal kehidupan ini sangat penting kerana perkembangan kognitif (peningkatan berfikir & belajar menyelesaikan masalah) dan ibu-bapa mesti memantau pencapaian mereka.

Saya salut inisiatif Kerajaan MADANI menggalakkan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia merangkumi pendidikan formal dan asuhan untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun. Telah terbukti, melalui TASKA (Taman Asuhan Kanak-kanak) & prasekolah, sangat penting sebagai persediaan sebelum memasuki pendidikan di sekolah rendah. Penyertaan kanak-kanak melalui Program Rancakkan MADANI bersama Malaysiaku amat bertepatan masanya.
Bersesuaian dengan perbahasa Melayu yang amat popular “melentur buluh dari rebungnya” mengandungi nasihat yang mendalam mengenai kaedah mendidik anak-anak kita. Secara kiasan, maksud peribahasa ini menekan betapa pentingnya pendidikan awal dalam kehidupan seseorang. Tempoh kanak-kanak (rebung) adalah masa terbaik untuk menanam nilai-nilai murni, akhlak mulia, membentuk perangai serta tingkah laku mereka dan ajaran agama.

Kongsikan bagaimana inisiatif kerajaan atau perkhidmatan awam telah memberi kesan positif kepada masyarakat, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,500! Ketahui cara penyertaan di sini. T&S terpakai.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

