Pelbagai Isu Sejak Awal Siaran, Produksi ‘The Escape Of The 7’ Umum Pengarah Undur Diri

13 Oct 2023 • 11:07 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Tak semena-mena, drama “The Escape Of The Seven” mengalami isu tak disangka kini.

Menurut laporan eksklusif, drama itu mengesahkan bahawa pengarah utama musim pertama, Joo Dong-min, akan meninggalkan rancangan ini bermula dari musim kedua. Pengarah baru untuk musim kedua adalah Oh Jun-hyuk, yang bersama-sama mengarahkan musim pertama bersama Joo Dong-min, dan mereka sedang aktif dengan penggambaran musim kedua kini.

Ianya membawa kisah takdir berselirat antara 7 individu yang berkaitan dek satu kes pembunuhan seorang pelajar sekolah menengah.

image is not available

Sebelum ini pun, “The Escape of The Seven” mengalami kontroversi apabila memaparkan pelbagai plot provokatif seperti pelajar hamil luar nikah, buli di sekolah selain penderaan domestik di rumah sejak awal tayangannya.

Malah, para penonton turut membuat laporan pada Jawatankuasa Penyiaran dan Komunikasi bagi menilai drama ini dan menghentikan tayangan kerana kandungan yang terlalu provoktif untuk tontonan umum.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.