
Kota Kinabalu: Kerajaan akan menaik taraf pelbagai kemudahan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Sabah untuk menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib.
“Bagi memastikan ILKKM Sabah dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) terkini, Bahagian Pengurusan Latihan KKM akan menaik taraf peralatan PdP mengikut keperluan ILKKM.
Advertisement“Pada 2025, ILKKM Sabah (Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau) akan menerima peruntukan RM199,626 untuk pembelian peralatan PdP.
“Kebajikan pelatih ILKKM Sabah turut diberi perhatian dengan menggantikan tilam dan katil yang usang. 1,354 tilam dan 1,354 katil baharu telah diterima mulai Oktober dengan kos RM737,040,” katanya.

