'Pele inspirasi bagi jutaan orang' - Ronaldo

Football
30 Dec 2022 • 9:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ronaldo (kiri) menyifatkan kehilangan Pele akan dirasai oleh komuniti bola sepak dunia.

CRISTIANO Ronaldo telah memberikan penghormatan kepada legenda Brazil, Pele yang meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Ujarnya, ucapan selamat tinggal sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan kehilangan pemain terulung bola sepak dunia itu.

Kematian Pele disahkan oleh anak perempuannya pada Jumaat kerana kanser kolon.

Kematiannya telah mencetuskan kesedihan seluruh komuniti bola sepak dengan pemain dan kelab dari seluruh dunia memberi penghormatan kepadanya yang mengharumkan nama Brazil pada edisi Piala Dunia 1958, 1962 dan 1970.

Takziah saya ucapkan kepada seluruh Brazil dan khususnya kepada keluarga Edson Arantes do Nascimento.

"Sekadar selamat tinggal kepada Raja Pele tidak akan pernah cukup untuk meluahkan kesakitan yang kini melanda seluruh dunia bola sepak.

"Dia adalah inspirasi untuk jutaan orang, rujukan untuk selamanya. Kasih sayang yang selalu dia tunjukkan kepada saya akan terus diingati walaupun dari jauh.

"Dia tidak akan dilupakan, dan ingatannya akan kekal selama-lamanya dalam diri setiap pencinta bola sepak. Rehatlah dengan tenang, Raja Pele," katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved