Pelepah kelapa, jaring 'penyelamat' rumah penduduk di pesisir pantai

LocalEnvironment
25 Nov 2025 • 12:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pelepah kelapa menjadi 'penyelamat' untuk melindungi rumah dan kenderaan penduduk yang tinggal di pesisir pantai di Bachok apabila gelombang pertama banjir akibat hujan lebat yang melanda Kelantan ketika ini tertumpu di kawasan tersebut. - Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin
image is not available
Walaupun menelan belanja sehingga RM300, namun jaring plastik lebih menjimatkan dan tahan lasak. - Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin
image is not available
Ada dalam kalangan penduduk bertukar kepada cara moden menggunakan jaring plastik sebagai penghadang angin.- Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin
image is not available
Angin kuat yang melanda pesisir pantai di Bachok juga menyebabkan berlakunya hakisan. - Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin
image is not available
Angin kuat yang melanda pesisir pantai di Bachok. - Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin

BACHOK - Pelepah kelapa dan jaring plastik menjadi 'penyelamat' untuk melindungi rumah serta kenderaan penduduk di pesisir pantai di sini apabila gelombang pertama banjir akibat hujan lebat yang melanda Kelantan ketika ini tertumpu di kawasan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, terdapat dalam kalangan penduduk masih mengekalkan tradisi menggunakan pelepah kelapa, selain ada bertukar kepada cara moden menggunakan jaring plastik sebagai penghadang angin.

Penduduk, Samsiah Mat, 39, berkata, tiupan angin tahun ini sangat kuat kerana pintu rumah dan tingkap tidak dapat dibuka walaupun sudah ada penghadang dibuat.

"Setiap tahun masuk saja bulan Oktober, kami di sini akan membuat penghadang angin menggunakan pelepah kelapa.

**media[3351124]**

"Ini kerana pernah sebelum ini kami tidak sempat berbuat demikian, bumbung rumah tercabut kerana angin dari laut sangat kuat," katanya ketika ditemui di Kampung Kubang Golok di sini pada Selasa.

Menurutnya, kerja-kerja pemasangan biasanya dibuat oleh abang, Mohd Zaki Mat, 45, sejak dulu lagi.

Sementara itu, pesara guru, Siti Zabedah Ismail, 59, pula memilih menggunakan jaring plastik kerana ia lebih praktikal.

**media[3351123]**

"Jaring plastik ini biasanya kami pasang bermula Oktober hingga Mac. Kemudian ia akan digulung dan disimpan untuk digunakan balik bila musim tengkujuh.

"Walaupun menelan belanja sehingga RM300 tapi ia jimat dan tahan lasak," katanya.

Tambah Siti Zabedah, jika penghadang tidak dipasang, angin yang membawa bersama wap masin akan menyebabkan lantai rumah melekit, selain tingkap dan pintu berkarat.

**media[3351126]**

Ujarnya, lebih memburukkan lagi keadaan ia juga boleh menyebabkan kereta berkarat jika tidak dilindungi.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, gelombang pertama banjir akibat hujan lebat yang melanda Kelantan ketika ini tertumpu di kawasan berhampiran dengan pantai.

**media[3351122]**

Menurut Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, ini kerana beberapa daerah di bahagian selatan atau hulu negeri masih belum terjejas bencana berkenaan.

Katanya, kawasan pesisir pantai merupakan lokasi awal yang mula dinaiki air.