Pelik Suhu Kereta Naik Mendadak & “Aircond” Tak Rasa, Ini Puncanya

Cars
20 Sep 2025 • 7:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelik Suhu Kereta Naik Mendadak & “Aircond” Tak Rasa, Ini Puncanya

Ramai pemilik kereta pernah menghadapi situasi di mana berlaku masalah suhu enjin naik apabila penghawa dingin kereta dihidupkan. Ia juga menjadi masalah apabila penghawa dingin tidak rasa sejuk dan hanya rasa angin sahaja.

Masalah ini mendatangkan rasa tidak selesa kepada pemandu ketika menaiki kenderaan. Malahan masalah ini boleh mendatangkan risiko kerosakan serius pada enjin jika tidak ditangani dengan segera.

Sehubungan dengan itu, artikel kali ini akan menyentuh mengenai masalah terbabit menerusi perkongsian @altimatautogarage di TikTok.

Punca Suhu Naik Mendadak, Aircond Tak Rasa

Menurut @altimatautogarage, masalah suhu naik mendadak atau penghawa dingin tidak sejuk tidak semestinya petanda compressor atau radiator rosak. Bagaimanapun, masalah ini kemungkinan berlaku disebabkan kerosakan pada bahagian kipas.

Di samping itu, sekiranya kipas ini tidak berfungsi ia tidak dapat membantu untuk menyejukkan radiator. Jadi kemungkinan besar sekiranya penghawa dingin anda tidak sejuk, ia disebabkan kipas ini tidak dapat berfungsi dengan baik.

Solusi pada masalah ini adalah dengan menukar kipas atau dipanggil sebagai fan motor. Kos yang diperlukan untuk menukar kipas ini tidaklah tinggi, ia hanya berjumlah beberapa ringgit sahaja.

Sebelum hantar ke kedai untuk melakukan pertukaran radiator atau compressor pula. Anda perlu meminta mekanik untuk lihat dulu sekiranya kipas ini berfungsi atau tidak. Keadaan ini disebabkan kos yang tinggi untuk menukar bahagian kenderaan tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

@altimatautogarage

Temperature naik mendadak,aircond tiba2 tak sejuk,petanda radiator & compressor jahanam?!! #ALTIMATAUTOGARAGE #Kuang #bengkelkeretasungaibuloh #BengkelBumiputera #bengkelkereta #carworkshop #serviskereta #carservice #baikikereta #serviskenderaan #CarAirconServices #servisaircondkereta #aircondkereta #automotive #automotif #sungaibuloh #sungaibuloh47000 #bengkelviral #bengkelterkenal Doakan kami untuk menjadi bengkel kereta terbaik di Kuang dan Sg Sungai Buloh . We will do our best to provide the best car workshop & repair in Kuang and Sg Sungai Buloh.

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage