Pelik Tingkap Selalu Basah Dan Bau Hancing, Rupanya Jiran Punya ‘Kerja’, Plot Twist Habis!

31 Jan 2023 • 7:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Salah satu adab dalam berjiran adalah menjaga hubungan baik di antara satu sama lain. Janganlah pula bermusuh dan saling mengkhianati disebabkan hal yang sepatutnya boleh dibaca berbincang.

Seperti rakaman tular di TikTok ini, seorang individu meluahkan rasa hairan apabila tingkap rumahnya sentiasa basah dan berbau hancing.

Ingatkan kencing kucing

image is not available

Pada mulanya, dia mengesyaki kencing kucing tetapi macam tak logik sebab tingkap rumah tinggi. Dia hanya mampu membasuh dinding setiap kali ia berlaku namun nampaknya perkara tu tetap berulang.

Rakaman video bongkar perbuatan jiran

Jelasnya lagi, dia sempat tabur garam dan baca ayat suci al-Quran kerana mengesyaki keluarga terkena gangguan sihir. Tapi nampaknya lain pulak yang jadi! Plot twist habis..

Menerusi rakaman kamera, dia mendapati jiran sebelah rumahnya menyimbah air tersebut. Berdasarkan bau dan warna, dia syak ianya air kencing!

image is not available

Difahamkan, perbuatan jirannya itu sudah dilapor kepada polis dan siasatan dah dibuat. Suspek merupakan lelaki Melayu dan sudah berkahwin.

Haih, macam-macam hal zaman sekarang ni.

Kredit: TikTok @snow_queenz_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.