“Peliknya..” – Nampak Seluar Dalam, Penampilan Yunjin LE SSERAFIM Jadi Perbualan Ramai

Men's FashionWomen's Fashion
20 Feb 2024 • 10:58 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Fesyen yang dikenakan oleh Yun-jin LE SSERAFIM telah mendapat pelbagai reaksi dari peminat.

Pada 19 Februari, LE SSERAFIM telah mengadakan sidang media untuk album mini terbaru mereka, “EASY”. Di mana, kesemua ahli kumpulan itu telah berkongsi pendapat masing-masing mengenai kemunculan semula mereka.

Selepas sidang itu tamat, gambar Yun-jin yang dikongsi oleh pihak media telah tular dan menjadi perhatian ramai.

Dengan hanya memakai seluar pendek yang menunjukkan seluar dalamnya, berserta dengan baju ‘crop top’ pendek tanpa lengan dan ditutupi dengan kemeja putih, penampilan ahli LE SSERAFIM itu telah mendapat pelbagai reaksi dari peminat.

image is not available

Antara komen peminat terhadap fesyen yang digayakan oleh Yun-jin ialah,

Pendeknya baju dia..

 

Tak cantik langsung, kenapa awak pakai macam tu?

 

Peliknya pakai macam ni depan orang ramai.

 

Itu bukan seluar dalam lelaki ke?

 

Terdedah sangat fesyen yang dikenakannya.

 

Mereka kena tukar penata rias LE SSERAFIM.

Apa pendapat korang tentang pakaian yang Yun-jin pakai ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.