Peluang Luas Kembang Perdagangan Dengan Malaysia – Putin

5 Sep 2024 • 8:18 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim ketika mesyuarat dua hala di antara kedua-dua negara bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9. – Gambar BERNAMA

VLADIVOSTOK – Perdagangan antara Rusia dan Malaysia hampir mencecah US$3.5 bilion (US$1= RM4.3505) dan mempunyai peluang luas untuk mengembangkannya, kata Presiden Rusia Vladimir Putin. 

Menurut Kremlin.ru, Putin dilaporkan berkata Rusia dijangka mencari titik hubungan baharu dengan ASEAN apabila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2025. 

"Kami telah memberi tumpuan untuk membangunkan hubungan kami dengan ASEAN, dan semua tahu bahawa Malaysia memainkan peranan utama dalam pertubuhan ini. 

"Tahun depan, Malaysia akan mempengerusikan pertubuhan ini dan saya jangka semasa kepengerusian anda, kami akan menemui titik hubungan baharu dengan rantau dunia yang semakin berkembang," menurut Kremlin.ru memetik kenyataan presiden itu pada Rabu (4 September). 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin di sini pada Rabu.

Pertemuan dua hala itu adalah bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar di sini dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan lewat hari ini. – BERNAMA
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved