
TELUPID: Pekebun kecil sawit digesa untuk menyertai Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0).
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, berkata kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk pelaksanaan TSPKS 2.0 tahun ini.
Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 7,000 penyertaan dengan masih banyak kekosongan belum dipohon.
“Kementerian menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ingin menyeru pekebun kecil sawit mengambil peluang ini untuk meningkatkan semula pendapatan melalui tanaman semula pokok sawit tua.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Dianggarkan sebanyak 20 peratus tanaman sawit di negara ini juga sudah berusia 20 tahun,” katanya selepas merasmikan program TSPKS 2.0 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Telupid, pada Selasa.
Tambahnya, pengusaha sawit yang melaksanakan penanaman semula boleh menjangkakan pendapatan lumayan daripada penghasilan buah tandan segar (BTS) pada tahap produktiviti yang sedang memuncak.
Chan berkata pekebun kecil sawit di bawah 6.5 hektar digalak memohon skim berkenaan dan bayaran balik akan dikira bermula selepas tanaman sawit berhasil.
“Mereka yang layak akan menerima RM18,000 per hektar dan akan membayar hanya separuh dari per hektar itu selepas sawit mula memberikan pendapatan dari tanaman,” katanya.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan lapan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) serta 10 Sijil MSPO kepada pekebun kecil sawit di sini.
Lebih 200 pekebun kecil sawit yang hadir pada program itu turut diberikan pendedahan serta maklumat mengenai Skim TSPKS 2.0 dan Amalan Pertanian Baik (GAP) untuk memperkasakan daya saing serta kemahiran mengurus ladang sawit.
Dalam pada itu, Chan berkata, krisis antarabangsa seperti pergolakan di Timur Tengah dan Eropah Timur yang kian menegang meningkatkan harga minyak mentah global serta menjejaskan pengeluaran minyak dan lemak dunia yang menyumbang kepada pengukuhan harga minyak sawit yang kini melebihi paras RM4,000 satu tan.
Dalam perkembangan sama, jelasnya kerajaan juga menyediakan bantuan lain seperti Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) bagi ternakan unggas untuk memberi kapasiti serta menampung pendapatan pekebun kecil sawit sebagai galakan penanaman semula.
Chan menambah sehingga 31 Mac 2024, sebanyak 355 projek integrasi ternakan diluluskan di negeri ini yang terdiri daripada 13 projek ternakan ayam dan empat projek ternakan itik di Telupid.
Tambahnya, kementerian juga menyediakan RM20 juta bagi penambahbaikkan jalan ladang, dengan RM8 juta untuk Semenanjung, dan RM6 juta masing-masing bagi Sabah dan Sarawak.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
