Peluang Peniaga Tempatan Mohon Kiosk Pop-Up Di Airport Kuching Dan KK Kini Dibuka

31 Oct 2024 • 11:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

MAHB buka peluang perniagaan pop-up di KKIA dan KIA

Peluang Peniaga Tempatan Mohon Kiosk Pop-Up Di Airport Kuching Dan KK Kini Dibuka. Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengumumkan peluang perniagaan jangka pendek yang menarik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Menerusi sebuah perkongsian oleh pengurus pembangunan perniagaan Malaysia Airport di halaman LinkedIn, peluang untuk bekerjasama dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kini dibuka untuk perniagaan kiosk pop-up untuk kategori runcit serta makanan dan minuman (F&B).

image is not available
Kota Kinabalu International Airport. Peluang Peniaga Tempatan Mohon Kiosk Pop-Up Di Airport Kuching Dan KK Kini Dibuka

Peluang ini memberikan platform bagi syarikat-syarikat runcit dan F&B tempatan dari Sabah dan Sarawak untuk mempamerkan jenama sekaligus memajukan produk mereka. Dengan jumlah pengunjung antarabangsa yang kian meningkat ke Sabah dan Sarawak, ini adalah peluang keemasan untuk menembusi pasaran baharu dan memperluas jangkauan perniagaan anda.

Peniaga yang berminat boleh menghantar kertas cadangan menerusi emel commercialcarts@malaysiaairports.com.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 November 2024, Selasa, jam 5 petang.

Mungkinkah ini peluang anda untuk menjadi salah sebuah perniagaan yang bakal memeriahkan lagi lapangan terbang KK dan Kuching? Jom!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang INI atau laman rasmi Malaysia Airports di bahagian Others.

Baca juga artikel yang berkaitan:

View Original Article