Peluang sekali dalam seumur hidup

31 Oct 2023 • 4:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

‘SUKAR untuk digambarkan dengan kata-kata’ – mungkin ia satu ungkapan klise yang sering kita dengar.

Tapi, situasi inilah yang dapat kita simpulkan buat dua penyanyi Sabah, Fanzi Ruji dan Santiana Ramli apabila mereka membuat persembahan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta sultan-sultan dan raja-raja yang menghadiri Majlis Santapan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara, pada 25 Oktober lalu.

Mereka merupakan antara yang terlibat dalam rombongan seramai 99 orang daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) yang diketuai Pengurus Besarnya Mackey Apison Lo untuk membuat persembahan pada majlis berkenaan.

Selain Fanzi dan Santiana, persembahan rombongan LKNS itu turut dimeriahkan oleh artis dan penggiat kebudayaan tempatan Sabah lain seperti Marsha Milan, Rosario Bianis, Marlleynney Fane, Donald Guntabid, Dabra Sia, ahli muzik LKNS, artis budaya LKNS, Kumpulan Bamboo Woods, Kumpulan Budaya Kesenian, Inamtari SK Sembulan, Era Budaya dan KPK.