Peluang ‘Street Dancer’ Untuk Menyerlah! Sertai Pertandingan 'Battleground Malaysia: Road To Gold' Dan Berpeluang Memenangi RM100,000

20 Jun 2023 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sertai uji bakat untuk Battleground Malaysia: Road to Gold dengan muat naik rutin tarian anda, sama ada solo atau berkumpulan menerusi TikTok/Instagram dengan hashtag #BTGMYaudition - Gambar ihsan Astro dan Instagram

Berita baik untuk para penari ‘street dance’ di Malaysia, bersedia untuk bersinar bagaikan emas! Anda berpeluang untuk diketuai penari-penari hebat negara menerusi pertandingan street dance sensasi yang bakal dipaparkan dalam Battleground Malaysia: Road to Gold, siri realiti sebanyak enam episod yang diterbitkan oleh Astro. 

Sertai uji bakat untuk Battleground Malaysia: Road to Gold dengan muat naik rutin tarian anda, sama ada solo atau berkumpulan menerusi TikTok/Instagram dengan hashtag #BTGMYaudition. 

image is not available

Uji bakat dalam talian bermula 17 Jun hingga 2 Julai 2023 untuk mereka di antara 9 hingga 30 tahun. Penari yang disenarai pendek akan mara ke pusingan kedua menerusi uji bakat on-ground di pusat membeli-belah AEON Shah Alam pada 8 dan 9 Julai di mana 60 penari akan dipilih untuk bertanding dalam Battleground Malaysia: Road to Gold.

Bermula daripada peringkat ini, empat kapten tersohor akan mencari kru penari mereka masing-masing dengan menguji kebolehan individu menerusi pelbagai cabaran tarian. Hanya penari yang terhandal bakal mara ke peringkat pertandingan seterusnya. 

image is not available

Empat kapten tersohor ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak dua kali dalam breaking Lego Sam, wakil B-Boy Sukan SEA Mohammad Faridh “Khenobu” Mohd Yasin, Danny Lee dari kumpulan muzik dan tari 3P (Three Production) serta penari dari kumpulan yang memenangi Astro Battleground 2010 dan 2011, Savoon (@savooneleven).

image is not available

Peringkat akhir akan menyaksikan tig kru penari bertanding untuk merangkul kejuaraan dan akan membuat persembahan di hadapan panel hakim antarabangsa. 

Juara akan menerima wang tunai RM100,000 dan tempat kedua akan menerima RM30,000. Selain itu, penari-penari dalam kumpulan kedudukan pertama akan bertanding di antara satu sama lain. Penari terbaik pertandingan akan menerima RM25,000.

image is not available

Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan satu inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan. – Getaran, 20 Jun 2023