
Selepas tujuh tahun, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akhirnya menerima keadilan apabila Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam tertuduh (OKT).
BACA: Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati Bersalah Bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan
Mahkamah Rayuan menyifatkan pembunuhan yang dilakukan OKT bersifat jahat, zalim dan jenayah kekejaman paling jarang ditemui.

Mana tidaknya, selain memukul dengan teruk, OKT juga menekapkan seterika wap di seluruh badan si mati termasuk kemaluan.
Selepas disiksa dengan kejam, semua OKT menyembunyikan si mati untuk mengelakkan perbuatan diketahui pihak atasan.
Di aplikasi X, Dr Samhan percaya, peluang untuk allahyarham hidup mungkin lebih tinggi jika dibawa ke hospital lebih awal.

Dalam hantaran itu, Dr Samhan menjelaskan bagaimana kecederaan boleh membawa kepada hipervolemia, masalah jantung, dan kegagalan buah pinggang yang menjadi punca kematian.
– Hipervolemia ialah keadaan di mana badan ada lebihan cecair.
– Dalam kes Zulfarhan, hipervolemia berlaku mungkin sebab tubuhnya cuba gantikan cecair yang hilang melalui luka melecur dengan cecair intravena yang berlebihan.
– Jantung membengkak bila ada lebihan cecair dalam badan.
– Dalam kes Zulfarhan, hipervolemia menyebabkan jantungnya terpaksa bekerja lebih keras, menyebabkan pembengkakan dan akhirnya kegagalan jantung.
– Ini menyebabkan pengumpulan sisa toksik dalam badan yang mengakibatkan komplikasi serius.
Jelas doktor, luka melecur menyebabkan mangsa kehilangan cecair yang banyak dalam badan. Dalam usaha untuk mengatasinya, badan menghasilkan cecair intravena secara berlebihan yang menambah beban kepada jantung dan buah pinggang.
Keadaan itu membawa kepada kegagalan organ-organ penting yang akhirnya menyebabkan kematian mangsa.

Jap!


