Peluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025

LocalPolitics
18 Oct 2024 • 4:43 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan diperluaskan skop secara progresif berkuatkuasa 1 Mei 2025, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, SST tidak membebankan rakyat awam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat.

“Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado.

"Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan.

“Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan,’’ katanya ketika membentangkan Bajet 2025 di Parlimen hari ini. - 18 Oktober, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved