Peluk Anak-Anak Sabri Yunus Lepas Nikah, Rupanya Ini Yang Angeline Tan Katakan – “Aunty Datang Untuk Tambah Kasih Sayang…”

19 Oct 2023 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyampai radio dan pelakon, Issey Fazlisham berkongsi satu detik manis dan meruntun hati ketika pernikahan pasangan selebriti Sabri Yunus dan Angeline Tan.

Ketika menjemput pasangan tersebut dalam satu temu bual baru-baru ini, Issey mendedahkan bahawa aktres berkenaan memeluk dengan anak-anak suaminya selepas selesai majlis itu.

Apabila ditanya apa yang dikatakannya kepada anak Sabri Yunus dan seorang menantu, Angeline berkata dia mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menerimanya dalam keluarga itu.

Angeline kata terima kasih atas kasih sayang yang mereka beri pada Angeline. Mulai hari ini, saya dah tambah 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)

Angeline turut meminta mereka berterus terang dengannya jika memerlukan apa-apa bantuan dan dia akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan sebaiknya.

Mulai hari ini kita adalah satu keluarga. Aunty datang ke rumah ini untuk tambah kasih sayang, untuk beri kasih sayang kepada semua orang.

@gegar.myMomen yang paling menyentuh hati lepas majlis pernikahan Sabri Yunus & Angeline Tan . Tangisan kegembiraan bagi Angeline Tan ♬ original sound – GEGAR

image is not available 1 day ago

Angeline Tan Terharu Sabri Yunus Bantu Buat Kerja Rumah, Tolong Basuh Pinggan - "Abang Tetap Sangat Sweet..."