Peluk Datuk Selepas Jaringkan Gol, Netizen Puji Adab Adik Alif Faris

LocalFootball
29 Jul 2025 • 4:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Setiap kejayaan yang dikecapi hari ini sudah tentu terdapat insan hebat yang sentiasa memberi sokongan di belakangnya.

Peluk datuk lepas jaringkan gol

Baru-baru ini, tular di TikTok seorang pelajar meraih perhatian netizen apabila menjaringkan gol dalam perlawanan akhir kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), Rompin pada Khamis lalu.

Menerusi perkongsian itu, Alif dipercayai menjaringkan gol buat pasukannya sebelum berlari terus keluar dari padang memeluk datuknya yang dikatakan menjadi ssumber kekuatan dan sentiasa memberi sokongan buatnya.

“Cucu mithali,” tulis guru Alif di TikTok, baru-baru ini.

Lebih sebak lagi apabila jaringan gol yang dibuat ketika penalti itu memperlihatkan rakan-rakannya sudah berlari meluru ke Alif namun remaja itu tetap mencari datuknya terlebih dahulu bagi meraikan kejayaan tersebut.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya memuji adab yang ditunjukkan oleh remaja itu dan mendoakan agar datuknya dipanjangkan umur dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Malah ada juga warganet yang mengalirkan air mata melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Alif dan ada juga yang berseloroh mendakwa pelajar itu merupakan cucu kesayangan datuknya.

Kau lari cari atuk, respect

image is not available

Sejuk perut mak dia

image is not available

Nampak dah gran kat sapa

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 964,000 tontonan dan menerima lebih 75,000 tanda suka.

Sumber: TikTok ayohain